Sunday 23 September 2012

9 orang Siti yang patut wanita contohi ♥

Assalamualaikum semua :)

1) Siti Khadijah

Beliau merupakan isteri Rasulullah S.A.W. yang melahirkan anak-anak Rasulullah, setia dan menyokong Rasulullah walaupun ditentang hebat oleh orang-orang kafir dan musyrik, menghantarkan makanan kepada Baginda ketika Baginda beribadat di Gua Hira'.

2) Siti Fatimah

Anak Rasulullah S.A.W. yang tinggi budi pekertinya.  Sangat kasih dan setia kepada suaminya Ali Karamallahu Wajhah walaupun Ali miskin.  Tidur berkongsikan satu bantal dan kadang-kadang berbantalkan lengan Ali.  Rasulullah pernah berkata, "aku takkan maafkan kamu wahai Fatimah sehinggalah Ali maafkan kamu."

3) Siti Aishah

Beliau isteri Rasulullah yang paling romantik.  Sanggup berkongsi bekas makanan dan minuman dengan Rasulullah.  Di mana Baginda minum, di situ beliau akan minum menggunakan bekas yang sama.

4) Siti Hajar

Isteri Nabi Ibrahim yang patuh kepada suami dan suruhan Allah.  Sanggup ditinggalkan oleh Nabi Ibrahim atas suruhan Allah demi kebaikan.  Berjuang mencari air untuk anaknya Nabi Ismail (pengorbanan seorang ibu mithali)

5) Siti Mariam

Wanita suci yang memang pandai menjaga kehormatan diri dan mempunyai maruah yang tinggi sehingga rahimnya dipilih oleh Allah S.W.T. untuk mengandungkan Nabi Isa.

6) Siti Aishah

Isteri Firaun yang tinggi imannya dan tidak gentar dengan ujian u=yang dihadapinya daripada Firaun Laknatullah.

7) Siti Aminah

Wanita mulia yang menjadi ibu kandung Rasulullah.  Mendidik Baginda menjadi insan mulia.

8) Siti Muti'ah

Isteri yang patut dicontohi dan dijanjikan Allah syurga untuknya kerana setianya kepada suami, menjaga makan minum, menyediakan tongkat untuk dipukul oleh suaminya sekiranya layanannya tidak memuaskan hati, berhias dengan cantik untuk tatapan suaminya sahaja.

9) Siti Zubaidah

Wanita kaya dermawan yang menjadi isteri Khalifah Harun Al-Rasyid.  Sanggup membelanjakan semua hartanya untuk membina terusan untuk kegunaan orang ramai hanya niat kerana Allah S.W.T.

*Sekadar ingin berkongsi ilmu melalui pembacaan.  Semoga kita mencontohi peribadi mereka dan mengambil pengajaran daripada kisah-kisah mereka.


*Sumber:  hafizamri.com

Saturday 22 September 2012

LEGA !

Hye semua :)

Lama tak dengar aku membebel kannn ? Haaa , setelah sekian lama menyepi . Mesti ramai yg mencari-cari aku kann ? *perasan lebih aku ni* hehehe xD Ingat kau tu ARTIS ke semua orang nak cari-cari haaaa ? ? Erkk -___-

Actually, untuk entry kali ni , aku nak cerita pasal minggu terakhir kuliah . Sepanjang minggu ni , quiz and test punya lah berderet-deret . Biasa laa kan , nama pun dah minggu akhir . Time tu laa pun lecturer nak buat quiz and test bagai . Tapi if buat awal-awal pun macam aku ready je . hahaha

Nasib baik minggu lepas aku ada class tiga hari je . Kalau seminggu tak tentu arah laaa kitorang semua . Yelaaa , daripada hari selasa sampai khamis tu class sampai malam . Actually bukan class sampai malam . Tapi test kitorang tu waktu malam . Tu yang terasa penat je tu . Terpaksa menapak ke fakulti yang kt hujung dunia tu . huhu . Tapi berkorban sikit apa salahnya kann ? heeee~

Terasa LEGA gilaa bila dah habis semua test and quiz . Hilang semua stress and terasa lapang sikit . hehe . Time nak final pun aku tak rasa se"stress" ni tau . Yelaaa , at least semua paper final ada gap beberapa hari . So , confirm cukup masa nak baca semua . Yang test and quiz ni pulak tiap hari ada . huhu . Takpa takpa , dah lepas semuanya .

Sekarang ni tengah STUDY WEEKS . Orang lain time study weeks semua duk pakat stay kat kampus buat revision semua . Yang aku ni pulak dengan gembiranya balik rumah tengah guling2 atas katil taip entry baru . muehehehe . *yang guling2 tu tipu je* hehe

Lepas balik cuti study weeks ni , terus kena fokus untuk final yg tinggal beberapa hari je lagi . Habis je final , cuti sem  then terus naik part 4 . Wahh ! cepatnya masa berlalu . Setahun je lagi nak habis diploma . hehe . Then terus kahwin . Eh ? Gatai hang ni Liza . Calon pun takda . Berangan je lebih . hahaha

So, good luck kawan2 yg bakal menghadapi final sama macam aku . Hope boleh buat yg terbaik then dapat DL lagi . Amiiinnnnn :)





Friday 7 September 2012

~ TOTS TO TODDLERS ~

Assalamualaikum :)

Kali ni aku nak bercerita sikit pasal TOTS TO TODDLERS . Haaa , mesti korang nak tahu kan Tots To Toddlers ni apa ? Actually , ni nama taska tempat aku kerja time cuti sem hari tu . Kerja sebulan je pun . Saja nak cari duit poket sikit sambil mengisi masa lapang . Ecehhh ! hehe xD

Tapi aku bukan nak bercerita pasal taska ni . Saja nak bercerita pasal kanak-kanak riang yang aku jaga kat sana . hehe :)

Actually kat taska ni bukan 7 orang je yg ada . Ramai lagi . Lebih kurang 40 orang . 10 orang baby yang comel2 and yang lain tu 3 hingga 6 tahun . ramai kann ? Fuhhh ! Semputt ! huhu . 7 orang ni yang aku jaga setiap hari . *weekend tak dikira . hehe* Mandikan diorang , buatkan susu , sediakan makanan , tukar & pakaikan baju dan  yang sewaktu dengannya . hehe . *taknak cerita lebih2 . hehe xD*  Tapi aku bukan buat sorang2 . Ada seorang lagi kawan kat sana . heeee~


Rifqi

Hanna Sofea

Hajar

Dina & Rifqi

Faez

Kaisan

Zydan

Haa , umur kanak2 yang aku jaga  ni around 2 tahun macam tu . So , tak pandai cakap sangat . Pelat je lagi . Jalan pun terkedek-kedek . hehe . Yang tak tahan tu , diorang ni panggil aku 'ma' a.k.a 'mama' . hahaha . Dah tu je pun yang diorang tahu nak sebut . Nak panggil 'teacher' , mana pandai lagi kann . So , aku ni redha je laa jadi "mama muda" diorang . *Eh ! bukan mama betul2 tau . Mama kat taska je . hehe*

Ada sorang tu lagi laa , nak panggil teacher tak pandai . Terus jadi 'tante' . Erk -_-
Dah macam bahasa indon pulak kann . Mula2 ingat dia panggil siapa . Rupanya nak sebut teacher . hahaha . Layan je laa . .

Yang kat bawah ni pulak baby2 tercomel yang ada kat taska . hahaha

Wan Mikael yang hensem :) Hensem macam ayah dia . hehehe :P

Adryan Mufael yang tembam . Geram tengok dia ni . heee~


Zyad Imran aka Perdana Menteri . hahaha

Ada je lagi gambar baby2 yang comel . Tapi dah malas nak upload . hehehe .*penat woii* . Cukup laa ni kann ? muehehe xD

Macam2 ragam diorang ni . Yang taknak kongsi permainan laa , suka menari laa , suka kacau kawan laa , mengada-ngada laa . Haa , semua ada . Penat jugak laa jaga diorang ni . Tapi sebenarnya best jugak . tak pernah jaga budak ramai macam ni . Pengalaman baru tu . heeee ^_^

Rasanya ni je kot aku nak cerita pasal diorang . Nak cerita lebih lebih pun tangan dah penat . *padahal , tulis tak seberapa pun . hehe xD* Ada masa , aku update entry baru okayy ? Daaaaa~