Wednesday 24 October 2012

SEMESTER BREAK ! ! !

Assalamualaikum :)

Fuhhh ! Lama dah aku tak hapdet blog aku ni . Tepat sebulan ! Wakaka . Rasanya belum bersawang sangat kot . hehehe . Sorry laa ea , aku baru je habis final . Eh ? BARU ? Baru laaa sangat . hahaha . Padahal final aku habis 18 hb .  Hari ni dah 24 hb kot . haha . Nak buat macam mana , baru hari ni aku rajin nak menaip xD

Actually , dah 6 hari aku duduk rumah . Bak kata Aishah , "banyak SYIOKK duduk rumah" . hehe . Macam dah lama sangat je kan tak balik . Padahal baru je balik study weeks hari tu . hehe . Tapi time SEMESTER BREAK ni laa kita patut menghargai cuti yang ada . Sebulan tu ! Even semester break kali ni agak pendek , tapi tetap bersyukur . Alhamdulillah :)

So , dengan bermulanya cuti kali ni , maka secara OFFICIALnya aku dah habis SEMESTER 3 ! Yaa beda bedu *jerit dengan penuh teruja* hahaha . Its mean that another one year left for diploma . Wahhh ! tak sangka dah setahun setengah aku belajar kat UiTM Seri Iskandar . Lepas ni insyaAllah sambung kat tempat lain pulak . hehe

Akhir kalam , *kemain guna ayat sastera gituuu * hahaha . Selamat Bercuti kepada semua yang tengah bercuti tu . Kita manfaatkan cuti yang ada ni selagi boleh . hehe :) Okayy laaa , nak layan Adam & Hawa ni . hehe . Bye !



*p/s : cuak tunggu result ! TAKUT ! ! !

Sunday 23 September 2012

9 orang Siti yang patut wanita contohi ♥

Assalamualaikum semua :)

1) Siti Khadijah

Beliau merupakan isteri Rasulullah S.A.W. yang melahirkan anak-anak Rasulullah, setia dan menyokong Rasulullah walaupun ditentang hebat oleh orang-orang kafir dan musyrik, menghantarkan makanan kepada Baginda ketika Baginda beribadat di Gua Hira'.

2) Siti Fatimah

Anak Rasulullah S.A.W. yang tinggi budi pekertinya.  Sangat kasih dan setia kepada suaminya Ali Karamallahu Wajhah walaupun Ali miskin.  Tidur berkongsikan satu bantal dan kadang-kadang berbantalkan lengan Ali.  Rasulullah pernah berkata, "aku takkan maafkan kamu wahai Fatimah sehinggalah Ali maafkan kamu."

3) Siti Aishah

Beliau isteri Rasulullah yang paling romantik.  Sanggup berkongsi bekas makanan dan minuman dengan Rasulullah.  Di mana Baginda minum, di situ beliau akan minum menggunakan bekas yang sama.

4) Siti Hajar

Isteri Nabi Ibrahim yang patuh kepada suami dan suruhan Allah.  Sanggup ditinggalkan oleh Nabi Ibrahim atas suruhan Allah demi kebaikan.  Berjuang mencari air untuk anaknya Nabi Ismail (pengorbanan seorang ibu mithali)

5) Siti Mariam

Wanita suci yang memang pandai menjaga kehormatan diri dan mempunyai maruah yang tinggi sehingga rahimnya dipilih oleh Allah S.W.T. untuk mengandungkan Nabi Isa.

6) Siti Aishah

Isteri Firaun yang tinggi imannya dan tidak gentar dengan ujian u=yang dihadapinya daripada Firaun Laknatullah.

7) Siti Aminah

Wanita mulia yang menjadi ibu kandung Rasulullah.  Mendidik Baginda menjadi insan mulia.

8) Siti Muti'ah

Isteri yang patut dicontohi dan dijanjikan Allah syurga untuknya kerana setianya kepada suami, menjaga makan minum, menyediakan tongkat untuk dipukul oleh suaminya sekiranya layanannya tidak memuaskan hati, berhias dengan cantik untuk tatapan suaminya sahaja.

9) Siti Zubaidah

Wanita kaya dermawan yang menjadi isteri Khalifah Harun Al-Rasyid.  Sanggup membelanjakan semua hartanya untuk membina terusan untuk kegunaan orang ramai hanya niat kerana Allah S.W.T.

*Sekadar ingin berkongsi ilmu melalui pembacaan.  Semoga kita mencontohi peribadi mereka dan mengambil pengajaran daripada kisah-kisah mereka.


*Sumber:  hafizamri.com

Saturday 22 September 2012

LEGA !

Hye semua :)

Lama tak dengar aku membebel kannn ? Haaa , setelah sekian lama menyepi . Mesti ramai yg mencari-cari aku kann ? *perasan lebih aku ni* hehehe xD Ingat kau tu ARTIS ke semua orang nak cari-cari haaaa ? ? Erkk -___-

Actually, untuk entry kali ni , aku nak cerita pasal minggu terakhir kuliah . Sepanjang minggu ni , quiz and test punya lah berderet-deret . Biasa laa kan , nama pun dah minggu akhir . Time tu laa pun lecturer nak buat quiz and test bagai . Tapi if buat awal-awal pun macam aku ready je . hahaha

Nasib baik minggu lepas aku ada class tiga hari je . Kalau seminggu tak tentu arah laaa kitorang semua . Yelaaa , daripada hari selasa sampai khamis tu class sampai malam . Actually bukan class sampai malam . Tapi test kitorang tu waktu malam . Tu yang terasa penat je tu . Terpaksa menapak ke fakulti yang kt hujung dunia tu . huhu . Tapi berkorban sikit apa salahnya kann ? heeee~

Terasa LEGA gilaa bila dah habis semua test and quiz . Hilang semua stress and terasa lapang sikit . hehe . Time nak final pun aku tak rasa se"stress" ni tau . Yelaaa , at least semua paper final ada gap beberapa hari . So , confirm cukup masa nak baca semua . Yang test and quiz ni pulak tiap hari ada . huhu . Takpa takpa , dah lepas semuanya .

Sekarang ni tengah STUDY WEEKS . Orang lain time study weeks semua duk pakat stay kat kampus buat revision semua . Yang aku ni pulak dengan gembiranya balik rumah tengah guling2 atas katil taip entry baru . muehehehe . *yang guling2 tu tipu je* hehe

Lepas balik cuti study weeks ni , terus kena fokus untuk final yg tinggal beberapa hari je lagi . Habis je final , cuti sem  then terus naik part 4 . Wahh ! cepatnya masa berlalu . Setahun je lagi nak habis diploma . hehe . Then terus kahwin . Eh ? Gatai hang ni Liza . Calon pun takda . Berangan je lebih . hahaha

So, good luck kawan2 yg bakal menghadapi final sama macam aku . Hope boleh buat yg terbaik then dapat DL lagi . Amiiinnnnn :)





Friday 7 September 2012

~ TOTS TO TODDLERS ~

Assalamualaikum :)

Kali ni aku nak bercerita sikit pasal TOTS TO TODDLERS . Haaa , mesti korang nak tahu kan Tots To Toddlers ni apa ? Actually , ni nama taska tempat aku kerja time cuti sem hari tu . Kerja sebulan je pun . Saja nak cari duit poket sikit sambil mengisi masa lapang . Ecehhh ! hehe xD

Tapi aku bukan nak bercerita pasal taska ni . Saja nak bercerita pasal kanak-kanak riang yang aku jaga kat sana . hehe :)

Actually kat taska ni bukan 7 orang je yg ada . Ramai lagi . Lebih kurang 40 orang . 10 orang baby yang comel2 and yang lain tu 3 hingga 6 tahun . ramai kann ? Fuhhh ! Semputt ! huhu . 7 orang ni yang aku jaga setiap hari . *weekend tak dikira . hehe* Mandikan diorang , buatkan susu , sediakan makanan , tukar & pakaikan baju dan  yang sewaktu dengannya . hehe . *taknak cerita lebih2 . hehe xD*  Tapi aku bukan buat sorang2 . Ada seorang lagi kawan kat sana . heeee~


Rifqi

Hanna Sofea

Hajar

Dina & Rifqi

Faez

Kaisan

Zydan

Haa , umur kanak2 yang aku jaga  ni around 2 tahun macam tu . So , tak pandai cakap sangat . Pelat je lagi . Jalan pun terkedek-kedek . hehe . Yang tak tahan tu , diorang ni panggil aku 'ma' a.k.a 'mama' . hahaha . Dah tu je pun yang diorang tahu nak sebut . Nak panggil 'teacher' , mana pandai lagi kann . So , aku ni redha je laa jadi "mama muda" diorang . *Eh ! bukan mama betul2 tau . Mama kat taska je . hehe*

Ada sorang tu lagi laa , nak panggil teacher tak pandai . Terus jadi 'tante' . Erk -_-
Dah macam bahasa indon pulak kann . Mula2 ingat dia panggil siapa . Rupanya nak sebut teacher . hahaha . Layan je laa . .

Yang kat bawah ni pulak baby2 tercomel yang ada kat taska . hahaha

Wan Mikael yang hensem :) Hensem macam ayah dia . hehehe :P

Adryan Mufael yang tembam . Geram tengok dia ni . heee~


Zyad Imran aka Perdana Menteri . hahaha

Ada je lagi gambar baby2 yang comel . Tapi dah malas nak upload . hehehe .*penat woii* . Cukup laa ni kann ? muehehe xD

Macam2 ragam diorang ni . Yang taknak kongsi permainan laa , suka menari laa , suka kacau kawan laa , mengada-ngada laa . Haa , semua ada . Penat jugak laa jaga diorang ni . Tapi sebenarnya best jugak . tak pernah jaga budak ramai macam ni . Pengalaman baru tu . heeee ^_^

Rasanya ni je kot aku nak cerita pasal diorang . Nak cerita lebih lebih pun tangan dah penat . *padahal , tulis tak seberapa pun . hehe xD* Ada masa , aku update entry baru okayy ? Daaaaa~









Thursday 23 August 2012

♥ NOVEL ♥

Hari ni aku nak update entry pasal NOVEL . Hehe . Saja gatal tangan nak update entry baru . Mentang-mentang dah ada blog kann . Apa lagi , cerita kat sini laa . hehehe :)



 Biasalah kan perempuan dengan novel memang tak dapat nak dipisahkan . Same goes to kaum adam jugak laa . Tak dapat dipisahkan dengan bola or kereta . Eh ? betul ke macam tu ? Ikut firasat aku macam tu laa . Hahaha . Hantam laa labu . xD Aku suka baca novel-novel yang romantik jiwang karat semua tu laa . hehe . Nak tahu kenapa ? Sebaaaab sambil aku baca , sambil tu jugaklah aku berangan sekali . hehe . Berangan ala-ala ada prince charming selamatkan aku . Lagi2 dapat yg hensem . Haaa , lebih kurang macam tu laa angan2 aku yg takkan tercapai tu . hehe . Tak pun , aku suka baca novel yg ada unsur ilmiah and Islamic sikit . Macam novel2 karya "Hlovate" . Haaa , semua karya dia aku suka . Berjiwa remaja sikit . Then even bercinta sekalipun , confirm ada unsur2 Islamic . Unsur yg baik and boleh dijadikan teladan . Ni bagi pandangan aku laa . Tak tahu laa bagi pandangan daripada pembaca2 novel Hlovate yg lain . Heee~



Ni laa dia novel yg aku pinjam daripada roomate aku time awal sem hari tu . Kalau korang nak tahu novel ni pasal apa , pi cari kat mana2 kedai buku then beli okayy ? hehe . Saja taknak cerita . Karang aku cerita , panjang berjela pulak entry ni . heee~ Nak tahu tak ? Sehari sebelum raya baru aku dapat habiskan novel ni . Pehhh , lama gila kan aku ambik masa untuk menghabiskan novel yg ada 466 muka surat ni . hahaha . Kawan aku boleh habiskan dalam masa sehari je . Yang aku pulak berbulan-bulan . hahaha . Bukan apa , busy dengan assignment and class . Ecehhh ! Alasan je tu . hehe

And now , aku sedang gigih untuk menghabiskan satu lagi novel . Novel ni aku baru dapat walaupun sebenarnya dah lama aku cari . Padahal boleh je dapat awal dengan cara pergi kedai buku kann ? But aku yg malas nak pergi . hahaha . Ni pun kakak aku yg tolong belikan . hehe




Actually ada seorang kawan aku ni cadangkan kat aku pasal novel ni . Dia kata novel ni best . InsyaAllah , ada ilmu yg tersirat dalam ni . So , I'll try my best to finish reading this novel okayy ? hehe ^_^ Karang kalau rajin , aku cerita laa ea kt korang novel ni pasal apa . Tu pun KALAU rajin laa . heee~

Sampai sini je laa kot entry aku kali ni . Rasanya  takda laa panjang sangat untuk korang baca kann ? hehe . Okayy laa , bantal and tilam kat bilik aku tu dah seru2 suruh tidur . hehe *padahal aku yg dah ngantok* hehe . Good night you olls ! Doakan aku dapat habiskan novel yg baru ni dengan lebih cepat okayy . hehe . Assalamualaikum :)







Monday 20 August 2012

SALAM AIDILFITRI :)

Salam Aidilfitri semua :)

Korang semua apa khabar ? Sihat dok ? Ke ada yang dah tak larat nak baca entry ni sebab makan kuih raya , lemang , ketupat , rendang tu semua banyak sangat ? hahaha . Takpa2 . aku paham . raya setahun sekali kann ? hehe xD Emm dikesempatan ni aku nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin kepada semua insan yang mengenali diri ini . Maaf laa ye wish lambat . Dah masuk raya ketiga pulak tu . Ish3 . Takpa , bak kata pepatah melayu , biar lambat asalkan selamat kann ? hehe . *eh tiba tiba je . padahal takda kena-mengena punn * hahaha

Aku bersyukur sangat sebab still diberi kesempatan untuk bernafas sehingga ke saat ini dan meraikan hari raya bersama keluarga . As usual , tradisi time hari raya biasalah kan pergi beraya ke rumah sepupu sepapat jiran sebelah rumah semua . AND ayat common gilaa bila pergi rumah-rumah diorang ni ialaaaah :

First : "Eh , dah besar ye anak kak Yah , dulu kecik je " ( okay , kak Yah tu gelaran utk mak aku  . hehe)
Second : "Wah , ni ke anak dara kak Yah ? Bila nak sambut menantu ni ?" erkk -_-
Third : "Yang ni tingkatan berapa ?" *yang ni paling aku suka* hehehe :D . Terasa muda wehh ! Padahal next year dah nak cecah angka 20 . hahaha
Forth : "Eh , betul ke yang pakai spect tu belajar kat UiTM ? Tengok kecik je" *saiz badan tak menggambarkan usia manusia tau * hehe
Fifth : Korang tambah laa sendiri yg sewaktu dengannya ea . hehe


Then , bila dah pergi raya rumah diorang ni confirm laa dapat duit raya kann ? Part yg ni aku suka . hehe . *Ishh apa laa aku ni , orang lain pergi beraya nak jumpa sedara mara minta maaf salah silap semua . Aku pulak salah niat *. Ishh3 . Tapi siapa yang tak suka bila dapat duit raya kann ? Even kakak aku yg dah kerja tu pun suka , apa tah lagi aku yg still belajar ni . Mana ada duit sendiri . sob sob ;( Kiranya sambil menyelam minum air sekali laa . Ecehhh , taknak mengaku salah pulak . hahaha

Last but not least , sekali lagi aku ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI kepada seluruh umat Islam . Bagi yg still belajar tu , raya-raya jugak . Assignment and homework jangan lupa siapkan okayy ? *pesanan untuk diri sendiri *  For SPM candidates , Good Luck for your trial . heeeee~

Wasalam :)


 




Monday 13 August 2012

OH KUCING !


Lihat semuaaa . Comel kan dua ekor kucing atas ni . Confirm korang semua ingat entry aku kali ni nak cakap pasal haiwan feveret aku adalah kucing . kan kan ? Haaa , meh sini aku cerita kisah sebenar .

Actually , aku ni tergolong dalam kumpulan mereka-mereka yang TAKUT KUCING . Bukan benci or anti or geli apa semua tu tau . Tapi aku JUST takut dengan kucing . Nak tahu kenapa aku takut sangat dengan haiwan yang comel ni ? Sebaaaab aku takut sangat2 kena gigit or cakar dengan kucing . Aku sendiri pun tak tahu kenapa aku takut kena gigit or kena cakar dengan mereka-mereka ni . Padahal , selama ni aku memang tak pernah kena gigit or cakar pun . Macam tak logik je kan ? Tapi apa pun aku tetap takut jugak.

Sometimes , aku try untuk memberanikan diri jiwa dan raga aku ni untuk berhadapan dengan kucing . Yeahh ! sometimes memang aku berjaya but sometimes jugak dia punya cuak tuuu . Fuhhh ! Tak tahu nak kata apa . Padahal kucing je pun . Kot laa harimau ka singa ka takpa laa jugak kan . Haihhh . . Maybe untuk mereka-mereka yang kat luar sana tu yang tersangat laa suka kan kucing mesti pelik dengan aku ni . Yelah , bila diorang tanya , "kat rumah kau ada bela kucing tak?" then  bila aku jawab "ada" confirm semua buat muka pelik tak percaya . "Ohhh liza , kau ni biar betul ?"  :O  Tapi memang pelik pun kan ? Kata takut kucing , tapi kat rumah ada bela kucing . Macam mana tu ?

Actually , aku sorang je dalam family aku tu yang takut kucing . Mak , ayah , abang , kakak , adik lelaki  n adik perempuan aku semua tak takut kucing . * ambik kau , semua aku senarai . hahaha* Tu laa sebab kat rumah aku ada kucing . Tapi seekor je laa . Kalau ada banyak , memang tak hidup laa aku jawabnya . Duk Seri Iskandar ni sorang2 . hahaha .

Kawan-kawan aku time kat hostel pun tahu aku takut kucing . Time makan kat DM , siap bersila kot atas kerusi sebab takut kucing lalu bawah meja . hahaha . Macam lawak kan ? Tapi tu laa diri aku . heee xD

tengok kucing ni . Buat muka seposen je . Kesian pulak tengok . huhu
                                             

Aku ingat bila dah masuk UiTM ni aku dah tak jumpa dah kucing-kucing ni lagi . Tapi mana boleh kan ? Dunia ni bukan untuk manusia je . Teruk laa aku ni . hahaha . Hmm , makin banyak ada laaa . Lagi2 dekat koridor or DM . Haihhh laaa . Kan ke seronok kalau tiap kali aku lalu je , semua kucing tengah tidur macam ni .

Terasa tenang sikit jantung aku berdenyut bila tengok semua kucing macam ni . hehe

Kucing2 ni nak tidur gaya meniarap ke , terlentang ke aku tak kesah . Janji tak ikut n kacau aku . hehehe :)
Terasa macam nak upah body guard pun ada jugak . hehe . *datang dah perangai ala-ala Mat Jenin tu* . Upah diorang untuk tolong halaukan kucing untuk aku . hahaha . Merepek je . Tak sedar diri betul aku ni . Makan minum pun parents tanggung , ada hati nak upah body guard . Teruk teruk . haha xD

Bila laa agaknya sifat takut kat kucing yang ada dalam diri aku ni akan hilang ea ? Maybe time dah kahwin kot . *eh , tiba-tiba pulak* haha . Takda laa , orang kata , kalau kita takut dengan kucing . nanti kita akan dapat pasangan yang suka dengan kucing . Betul ke ? Takut pulak dengar . Tapi kalau dapat hilangkan perasaan takut ni , apa salahnya kan ? heee~

Then , kalau laa tiba-tiba ada jual "UBAT TAKUT KUCING" kat klinik2 or hospital or pharmacy , confirm aku laa orang pertama yang teruja utk membeli ubat tu . hehe . Tu pun kalau ada laa , rasanya memang tak kan ada laa kot . huhu . *dah dah , jangan merepek lagi* hehe

Em terasa panjang semacam pulak bebelan aku kali ni . hehe . Okay okay , aku stop sampai sini je . Esok lusa tulat coklat semua kalau ada masa aku tulis lagi ea . Take care u ollsss ! Daaaa 


meow meoww !


                                                   


Saturday 11 August 2012

How I Miss Them :(


Assalamualaikum semua :)

Hari ni entry aku bernada sedih sikit. sob sob :( Nak tahu kenapa ? Sebaaaab aku rindu dengan kawan-kawan lama aku time kat hostel dulu . huhu . Macam mana laa agaknya diorang sekarang kann ? Semua mesti dah makin berubah sekarang. Hmm , korang jangan fikir lain pulak . I mean bukan berubah perangai or apa , tapi berubah dari segi penampilan laaa . hehe . Confirm makin cun melecun hensem hensem smart smart gitu .

Benda yg aku rindu nak buat dgn diorang : *kawan2 perempuan je laa* hehe 


  • pergi DM (dewan makan) sama-sama
  • pergi sekolah naik bas sama-sama
  • pergi class prep sama-sama 
  • borak and gosip sama-sama . Oppss! kantoi sudah yg kitorang ni suka gosip2 . Actually aku je yg lebih-lebih . hehe
  • bla bla bla *macam2 lagi sebenarnya* heee XD


ni laa mereka-mereka yg aku rindu 

Yang tengah tu cikgu addmath kitorang . Nama dia Puan Badariah. Ni gambar time beraya rumah dia laa ni . hehe  . Dia ni baik sangat . tiap kali datang nak ajar addmath , confirm bawak something untuk kitorang makan . hehe . Tu yg seronok tu . heeee~

Haaaa , ada lagi gambar-gambar diorang . Rindunyaaaaa :(




ni time extra class for sejarah dgn Cikgu Mat Tarop. 
Okayy , sumpah cikgu ni lawak gila . hahaha


Next ,
ni gambar time Jalinan Mesra Yayasan Selangor :)


Try cari aku yang mana ? haaa , aku laa yg paling lawa kat situ . hahaha . *okayy , perasan sebentar*
Takda laa , aku gurau je . semua kawan2 aku lawa-lawa , cun-cun , ayu-ayu lagi tuu . heee :)

Terasa macam dah terlepas rindu dekat diorang lepas tengok gambar-gambar ni.  Rasanya kalau jumpa depan mata, confirm lagi seronok and teruja yg teramat sebab dah lama tak jumpa . hehehe . Confirm diorang akan terharu menangis teresak-esak bila dapat tahu aku ada buat entry pasal diorang . hahaha . *padahal diorang bukan tahu aku ada blog pun* muehehe xD 

Eh ! tiba-tiba aku rasa bila dah sampai penghujung entry terasa entry ni macam dah tak sedih pulak . hahaha . Haihhh , hantam laa labu . Janji ada entry baru . hahaha . Ni namanya mix entry . * okayyy , terms aku buat sendiri* hahaha

Hmmm , bila laa agaknya kitorang boleh jumpa lagi kan ? Tunggu time masing-masing nak kahwin laa kot . Ecehhh , macam tak boleh nak buat reunion jumpa kt luar je . kahkahkah . Apa guna handphone dgn Facebook wehh . Boleh je contact2 . Saja nak melebih lebih laa aku ni . hahaha

Em okayy laa , sampai sini je kot coretan aku . muehehe . karang cerita lebih lebih jd merapu pulak . hahaha . Last but not least ,
 AKU RINDU DEKAT KORANG ! :(

Wednesday 8 August 2012

First Time Blogging !

Tengok kat entry aku tuu . For the first time aku buat blog wehh ! Selama ni duk sibuk sibuk baca blog orang jee . gelak sana , gelak sini . muehehe . laa ni aku ada blog sendiri . macam tak percaya . hahahaha :D terasa macam bangga je buat blog ni . ye laa , aku mana pro sangat nak berblogging blogging ni . nak edit sana , edit sini . update sana , update sini . potpet potpet . hahaha . serious tak tahu . huhu . ni pun baru nak try sikit sikit .


terasa macam nak lompat macam ni je . hahaha . oppps!

Actually , the main reason aku buat blog ni sebab "ASSIGNMENT" . agak agak korang percaya takk ? ahhh , tak peduli . korang kena percaya jugak . hahaha . Lecturer kitorang suruh kitorang buat personal blog.  So macam macam masalah yg timbul untuk kitorang yang first time buat blog ni . Contoh yg berlaku kat diri aku sendiri . nak pilih layout pun punya laa ambik masa yg lama sebab semua lawa lawa . tak tahu mana nak pilih . haha. yg aku dah pilih ni atas sebab pakai tekan ikut suka . hahaha . Belasah laaa . Asalkan buat . kan kan kan ?

Tapi aku rasa dah alang alang tu , maybe lepas ni aku akan terus ber'blogging'. hehe . tu pun kalau rajin laa nak menaip membebel kat sini & kalau ada masa laa . hehe

Aku rasa setakat sini je kot introduction for the first entry . hehehe . karang membebel lama lama , merepek merapu pulak kann . So as a conclusion, *eh, dah macam nak buat essay pulak . hahaha* aku berharap aku dapat meneruskan perjuangan blog aku and tak terbengkalai di tengah jalan . hahaha . Wish me luck okayyyy ? Daaaaaa :)