Sunday 23 September 2012

9 orang Siti yang patut wanita contohi ♥

Silent Readers :)
Assalamualaikum semua :)

1) Siti Khadijah

Beliau merupakan isteri Rasulullah S.A.W. yang melahirkan anak-anak Rasulullah, setia dan menyokong Rasulullah walaupun ditentang hebat oleh orang-orang kafir dan musyrik, menghantarkan makanan kepada Baginda ketika Baginda beribadat di Gua Hira'.

2) Siti Fatimah

Anak Rasulullah S.A.W. yang tinggi budi pekertinya.  Sangat kasih dan setia kepada suaminya Ali Karamallahu Wajhah walaupun Ali miskin.  Tidur berkongsikan satu bantal dan kadang-kadang berbantalkan lengan Ali.  Rasulullah pernah berkata, "aku takkan maafkan kamu wahai Fatimah sehinggalah Ali maafkan kamu."

3) Siti Aishah

Beliau isteri Rasulullah yang paling romantik.  Sanggup berkongsi bekas makanan dan minuman dengan Rasulullah.  Di mana Baginda minum, di situ beliau akan minum menggunakan bekas yang sama.

4) Siti Hajar

Isteri Nabi Ibrahim yang patuh kepada suami dan suruhan Allah.  Sanggup ditinggalkan oleh Nabi Ibrahim atas suruhan Allah demi kebaikan.  Berjuang mencari air untuk anaknya Nabi Ismail (pengorbanan seorang ibu mithali)

5) Siti Mariam

Wanita suci yang memang pandai menjaga kehormatan diri dan mempunyai maruah yang tinggi sehingga rahimnya dipilih oleh Allah S.W.T. untuk mengandungkan Nabi Isa.

6) Siti Aishah

Isteri Firaun yang tinggi imannya dan tidak gentar dengan ujian u=yang dihadapinya daripada Firaun Laknatullah.

7) Siti Aminah

Wanita mulia yang menjadi ibu kandung Rasulullah.  Mendidik Baginda menjadi insan mulia.

8) Siti Muti'ah

Isteri yang patut dicontohi dan dijanjikan Allah syurga untuknya kerana setianya kepada suami, menjaga makan minum, menyediakan tongkat untuk dipukul oleh suaminya sekiranya layanannya tidak memuaskan hati, berhias dengan cantik untuk tatapan suaminya sahaja.

9) Siti Zubaidah

Wanita kaya dermawan yang menjadi isteri Khalifah Harun Al-Rasyid.  Sanggup membelanjakan semua hartanya untuk membina terusan untuk kegunaan orang ramai hanya niat kerana Allah S.W.T.

*Sekadar ingin berkongsi ilmu melalui pembacaan.  Semoga kita mencontohi peribadi mereka dan mengambil pengajaran daripada kisah-kisah mereka.


*Sumber:  hafizamri.com

No comments:

Post a Comment